susah sebenarnya nak cakap hal ni. Bila membabitkan hal naik pangkat ni memang kita rasa dah abis all out bekerja tapi haram boss tak nampak. Orang yang kita rasa buat keje biasa-biasa je tapi dapat naik pangkat pulak.
Jadi terbaca kak Salwa Saleh up satu status kat FB. selalu bukak FB dia sebab nak tarik aura positive dari dia.
Percayakah anda rezeki tidak pernah salah alamat?
Dan tentunya kita menjemput rezeki juga dengan pelbagai cara. Kabel paling utama, Allah lah jawapannya.
Usaha paling terbaik, hasilnya serahkan pada Nya
Dia yang tahu rezeki kita setakat mana.
Jika ada, syukuri
Jika tiada, redha dan mengerti
Itu je ubatnya
Jangan stress monyok sampai muka jadi buruk
Rezeki Allah maha luas
Minta la puas-puas!
Dalam hati selalu tanam dan kena tanam. Jangan pernah ragu dengan ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui Segalanya. Kadang- kadang diri sendiri alpa. tak sedar diri sendiri ni penuh dosa. Ada murka yang kita sendiri kadang-kadang tak perasan.
jangan pernah sakit hati dengan rezeki orang lain.
faham kadang-kadang diaorang akan cakap.
kau boleh lah cakap sebab kau sendiri pernah naik pangkat.
percaya lah sesungguhnya aku sendiri tak percaya dapat naik pangkat. Tak pernah terfikir sebab kerja kat company asing ni. Orang Melayu paling susah nak naik pangkat. Dah duduk kat company ni 10tahun. kadang- kadang melayu keje dah 20tahun pun masih lagi senior exec je. Jgn kata nak hidu A.M apatah lagi Manager.
masa awal-awal keje memang tak pernah target ke tahap tinggi mana sebab dah tahu memang payah tapi tak pernah main-main dengan keje yang ada.
hari-hari datang keje dengan niat buat keje kerana Allah dan rezeki tu mesti berkat.
pernah putus asa. pernah rasa nak berhenti. Tapi tak pernah patah semangat nak buat keje sungguh-sungguh.
pernah 2-3 tahun tak der increment sebab ekonomi tak bagus tapi tak per lah, Allah mesti bagi rezeki lain..
alhamdulillah. Berkat kesabaran. Berdoalah.. Mintak lah. insyaAllah.
syukur sangat sebab rezeki Allah bagi untuk minggu ni. Banyak dah rasanya...terlalu byk....
1 comment:
kalau kita serahkan semua urusan kita kat Dia, mesti Dia bagi ganjaran lebih.. kan ? hee~ kita usaha yang terbaik jek.. Dia buat keje Dia..
Post a Comment