Wednesday, December 9, 2015

#78 - Tadika/Taska Hunting For Qaleesya & Hazeeq

Wednesday, December 9, 2015


Hello again..
Last Friday amik cuti semata nak taska/tadika hunting. Actually tak der lah hunting sangat sebab dalam otak memang dah ada a few tadika or taska yang we are preferable. 

Lagi pulak bulan Dec ni. Dari bulan November dah start receiving more flyers and saw many banner along the way. Bayang kan lah hunting since bulan June lagi sebab I rasa tak selesa dengan tadika lama tapi tak nak bagi Qaleesya mood swing sebab tetiba nak kena tukar tadika. Furthermore, on September babysitter passed away. Itu jadi strong reason untuk rombak everything. Almost everything sebab dah boleh pindah kan sekali si Hazeeq and let the sibling stay together in one place.

Actually banyak benda tak puas hati dengan tadika lama Qaleesya tapi sebab adik hantar kat babysitter lama kat area bandar. Since everything is change, arwah Mama Nomie ( our beloved babysitter) pass away. A lot thing happen. Moved Hazeeq and tumpang a while at Qaleesya tadika. Duduk 6 hari je. Tak sesuai dengan emosi dia. We all carik jgk babysitter dengan bantuan suami arwah. We get one nearby Town area. Alhamdullilah.

now we all survey utk intake 2016. Moga lepas ni lebih baik dan teratur. We already decide to register at NURI TAMAN BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG.
 
Sekadar info yang dipetik dari Majalah Pa&Ma and credit to https://arifahazrie.wordpress.com/2013/11/23/taska-and-tadika-hunting-tips/
 
Taska: Konsep taska iaitu merangkumi aktiviti yang meransang emosi, perkembangan bahasa, kognitif dan kecerdasan fizikal. Semua ini adalah perkembangan holistik kepada kanak-kanak. Di samping itu, setiap pengasuh hendaklah menjalani Kursus Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) di bawah JKM.
Tadika: Konsep penubuhan tadika atau prasekolah adalah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur antara lima hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan. menguasai kemahiran asa dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki ke alam persekolahan formal.

1. Berdaftar atau tidak?
This one memang kena check betul2. Kang ada kes susah nak claim apa2. Alhamdulillah Nuri memang berdaftar.


2. Program dan aktiviti
syllabus Nuri memang teratur and banyak aktiviti. Suitable lah untuk Hazeeq umur 3thn and Qaleesya 5thn next year.


3. Nisbah yang tepat à yang ni macam tak sure tapi masa we all datang tu memang ada ramai teacher and pengasuh.
A : Usia 1 tahun ke bawah = 3 kanak-kanak – 1 pengasuh (3:1)
B : Usia 1 hingga 2 tahun = 5 kanak-kanak – 1 pengasuh (5:1)
C : Usia 2 hingga 4 tahun = 10 kanak-kanak – 1 pengasuh (10:1)


4. Sikap guru dan pengasuh
alhamdulillah. They are very welcoming. Muka garang tapi sebenarnya peramah.


5. Lokasi Persekitaran
- selamat sebab all gated. Bersih Cuma rumput panjang and teacher tu siap explain yang diaorg tgh tunggu org mesin rumput datang. So boleh di maafkan.


6. Tanya pendapat orang lain
dah tanya around and they all recommended Nuri. Alhamdulillah.


7. Pengasuh dan guru terlatih dan kreatif
teacher mention all been trained before handle class and budak2. It’s a good thing.


8. Ruang
setting tempat memang menarik. Very conducive. Very flowy. Breathable .


9. Bahan Bacaan
Nuri guna bahan bacaan dr lady Bird tak salah. Tak ingat lah apa nama buku. So we have to purchase.


10. Hubungan Baik antara Pengasuh, Guru dan Penyelia
sebabkan I datang time cuti sekolah jadi I cant see lah either diaorg okay or not. Harap2 oklah..


11. Cita rasa anak
Qaleesya suka dengan sekolah tu sbb baju cantik, environment okay. Sekolah cantik.


12. Alasan Tersendiri
the reason I choose Nuri sebab ikut waktu bekerja i. Isnin sampai jumaat. Most of yang I survey in term of education and silibus lebih kurang je.


13. Caj Lebih Masa
memang ada caj lebih masa. Tadika lain yang I call diaorg ada certain tak boleh tunggu if parent lambat. Tak match ngan I sebab I need to travel far from work untuk pick up anak. Jadik tak de mslh nak caj lebih masa.


14. Yuran
kos Nuri pricey but I know why lah. Tapi ada lagi pricey mcm Q dees and Brainy Bunch. Jadi Nuri ikut budget


15. Komunikasi
Kemahiran guru, pengasuh serta penyelia mengendalikan anak-anak kita ini.


16. Buku khas untuk Perkembangan Kanak-Kanak
Nuri dia ada my daily diary. So we can know what our kids do. Communicate guna that book. If ada apa2 musykil, we can whatsapp or terus dtg tadika tnya pada teacher. Itu penting sebab I need to know my kids development.


17. Tindakan Cepat
Memaklumkan kepada ibu bapa keadaan anak kita jika mereka demam atau kurang sihat.


18. Alat Bantu Mengajar (ABM)
ABM ini sangat membantu memberi galakan kepada anak kita untuk terus seronok melalui proses pembelajaran itu.


19. Aktiviti
Nuri memang banyak aktiviti. Timetable dia tunjuk we all memang ada list. Even dia ada calendar event utk aktiviti yang diaorg akan buat.


20. Pendekatan bertema dan program khas
Komponen utama: bahasa, fizikal, kognitif dan estetika. Yang penting mereka mendapatkan pembelajaran berkesan.


21. Proses Pembelajaran
Perlu mengikut umur kanak-kanak itu.


22. Keceriaan
sekolah memang kena ceria lah kan..nama pun untuk budak2. So far anak2 I suka je.


23. Perkakasan Tidak Bahaya
tempat belajar diaorg memang tak bahaya tapi daycare terlupa nak tengok. Tapi Nuri yang I nak hantar ni tak de baby. Only 3 to 6 years kids. Should be ok lah.


24. Informasi
Pengasuh, Guru serta Penyelia taska dan tadika perlu bijak memberi jawapan yang bernas apabila ditanya oleh ibu bapa. Mestilah kita akan berasa selamat dan tidak meragui.


25. Kelayakan akademik bukan ukuran
Kepentingan nya adalah mereka harus tahu segalanya setiap aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak mengikut usia mereka.


26. Keselamatan
Pintu pagar sentiasa berkunci, peraturan untuk ibubapa tidak sesuka hati datang ke taska/ tadika dan pengambilan anak dari taska/ tadika itu harus dimaklumkan kepada guru sekiranya orang lain selain ibu bapa datang mengambil anak.


27. Menu Harian dan Proses Penyediaan Makanan
Jenis menu yang disediakan. Nuri memang ada bgtau lah apa menu dia. Even dia revised menu sebelum nya sebab too heavy smp budak2 sleepy. 


28. CCTV
macam tak perasan ada ke tak. Nak suruh husband tnya next visit.


29.Monitor Bayi
Nuri confirm tak der sbb dia tak de amik baby.


30. Rak Khas untuk Barangan Peribadi
ini memang ada.


31. Bilik Tidur Bersih
not sure about it . nanti tgk on next visit lah..


32. Udara Segar
Sangat penting untuk anak-anak kita. Humidity dan lain-lain.


33. Bilik Kelas
– Kemas,
– Luas,
– Ceria


34. Kaedah Pembelajaran
Learning through play


35. Pengesan Kebakaran
not sure ada ke tak..harap2 adlah..


36. Mengatasi Keracunan
Perlu tengok cara pengusaha taska atau tadika itu menguruskan tempat dan bahan-bahan yang mesti dijauhkan oleh kanak-kanak.


37. Bukan Kerana Nama
Nama je gah tapi tak semenggah. So memang penting pegi tanya and visit. Nuri is not just a name. 


38. Wujud Suasana Riang
Kegiatan kreatif, suasana dan persekitaran yang diwujudkan guru boleh menjadi pemangkin kepada motivasi kanak-kanak.


39. Program bentuk pemikiran kritis
Penerapan nialai-nilai murni sangat penting di usia awal kanak-kanak ini. Kerana ini akan membantu membentuk pemikiran kreatif, kritis dan dinamik.


40. Kemudahan Kecemasan
Pengasuh, Guru dan Penyelia perlu mengetahui dan menguasai kemahiran awal kecemasan seperti infant and child CPR dan Community First Aid and Safety.


No comments:

A Wife, A Mom and A Daughter © 2014