Wednesday, October 31, 2012
#11 Suka jadi faker ek?
aku buat entri nie bukan nak aib kan sesapa tapi aku macam tak boleh blahh pulak pompuan nie add laki aku and berbual kat chat berkenalan..
ini bukan entri jeles laki aku melayan kan kerenah budak perempuan nie tapi dia pkai gambar orang lain..
pastu tak agak-agak pakai gambar blogger yang femes tu...haiihh...
pastu yang aku tak menahan lagi ialah dia macam tak bersalah jer..aku pegi lah suruh laki aku tnya nie real gambar dia? siap mengaku tu memang dia..
alamak...dah tu blogger nie menipu ke? nasib lah aku jenis layan blogger nie punya blog.
aku pun tak tahu kenapa ada orang suka jadik faker? sebab nak tarik perhatian lelaki ker? tolong lah ek..
kot lah nak tarik perhatian lelaki pun, bukan lah lelaki orang..
kalau yer pun nak tarik perhatian lelaki, tolong lah jadi diri sendiri. Tak payah susah diri nak carik gambar perempuan comel lagi cantik kan..
cuba fikir apa kesudahan nyer? Dah sah-sah bila orang tahu hal sebenar, itu kan namanya tak jujur dalam berkawan..
oklah...see u when i see u again...daa....
Tuesday, October 30, 2012
#10 Selamat Hari Raya Haji
entri edisi terlambat sebab sehari sebelum raya masih lagi bekerja. cuti tak banyak kan so tak boleh lah nak berblog bagai..
Kami bertolak dari JB kul 9 malam dan kami sampai Muar kul 12.30mlm..cuba bayangkan macam mana jem kat atas highway. Saya memang tak larat nak bukak mata. Lepas baby Qaleesya tido, sy pun tertdo.
Sedar- sedar dah sampai machap. tengok jam pun dh kul 11 mlm. lepas Machap baru lah perjalanan smooth. Sebenarnya we all tak pernah balik malam raya sebab tak nak sangkut dalam kete.
Lagipun anak perempuan kena balik awal sebab nak tolong mak masak2..dah kalau sampai rumah lambat, nak tolong apa kan.. cuma raya Haji nie mmg tak rushing sgt sbb kami bukan celebrate ye ye bebeno..
raya tahun nie tak der apa yang istimewa sgt pun sebab balik beraya kat umah Muar pun, pas makan sambung melepak. Kami tak der pegi beraya okay..Dok lah kat umah diam.
petang plak ada gathering ex-SABGS... tapi hangkut husband and anak sekali. Lagipun pas gathering nak pegi Tesco Melaka nak berangkut susu and pampers...
nah amik sikit gambar gathering we all.
Tak semua ada sebab bukan semua free kan...jadik mana2 yang sempat join jerlah..ada yang tak sempat masuk dlm gambar sbb balik awal.
we all nie sebenarnya tak derlah semua dari kelas yang sama. Specially aku lah..kenal atas dasar satu sekolah kan..so i layannzzz jer..
Hari sabtu - 27/Oct we all bertolak balik Kuantan pulak. Ikut kan badan yang malas, mmg malas nak balik tapi bila fikir, kampung en husband lah paling jarang we all balik. jadik haruslah balik..itu pun gerak dari Muar kul 3ptg..sampai sana dah pukul 7 malam..
aktiviti kalau balik Kuantan adalah makan dan makan dan makan..
Hari Ahad - 28/Oct kami picnic kat Pantai Balok tapi sayang nya baby Qaleesya pulak tdo..so tak sempat lah dia nak main pasir pantai. tak tahu lah dia suka ke tak..
pas dh makan2 and siap tido lagi sebab angin mmg sedap jer kan, we all gerak pegi Teluk Chempedak pulak.
As usual kat sana memang ramai gilerr punya manusia.. Qaleesya memang happy sangat lah sebab dia kan dah dapat kaki, berjalan jer..
Hari Isnin - 29/Oct baru balik JB..nasib baik amik cuti ari isnin sebab tak sanggup lekat dalam jem. Dengar cerita kawan-kawan sangkut dalam jem mmg seram plak..nak-nak yang dari Utara ke KL..12jam perjalanan beb..memang pening lah kalau jadik diaorg.
oklah...tu jer lah cter raya k..tak der apa yg menarik..
Wednesday, October 24, 2012
#9 Wahai Hati....
sebenarnya sy cuba nak menulis kat sini lepas saya baca satu post dari sorang adik nie..
bukan nak bercerita pasal adik ni tapi nak cerita pasal memujuk hati sendiri..
susah sebenarnya nak mencoret kat sini bila hati saya tak berapa okay..
saya menaip skang nie pun rasa nak menangis..smlm sy menangis smp tertido..
cuba memujuk hati macam adik tu tulis post tapi saya rasa, saya tak mampu buat..
memang sy tak mampu...cuba untuk jadik positif pun kadang2 pun dah rasa susah sgt..
condition mengandung ni, emosi susah untuk di kawal..cuba untuk tak fikir sangat..
cuba untuk tak terbawak2 oleh perasaan tapi orang mungkin tak faham.
sudah lah..sy tak mampu terus menulis sebenarnya...
kalau sy teruskan mungkin saya menangis dan mungkin akan membukak pekung di dada..
biarlah saya simpan sendiri...
Sunday, October 21, 2012
#8 apa yg mereka tak tahu
Happy weekend everybody. .
Tadi chit chat ngan kengkwn masa blaja kat UTM dulu. Bercerita pasal keje, pasal kahwin, pasal perjalanan hidup.
What catch my attention is they thought I don't do budget if nak pegi jalan2 sebab my husband now keje singapore.
Yes, I admit it. Gaji husband memang banyak kalau convert to malaysian ringgit. But what they don't know, we sacrifice our time as family. We need find time if nak spent masa together.
Apa yang mereka tak tahu ialah macam mana both of us ikat perut after we get married. Masa tu husband cuma keje biasa jer kat jb. Walaupun kami ni lulusan ijazah tp hidup kami tak ada lah senang sangat. Duit kami cukup untuk bayar hutang dan makan. Kami langsung tak boleh pergi shopping sesuka hati apatah lagi nak pegi honeymoon atau melancong.
Adakah saya menyesal? Tak pernah sikit pun. Sesungguhnya perancangan Allah tu maha hebat. Saat saya lahirkan anak pertama, 2bln lepas tu husband dapat keje singapore.
Syukur memang tak terkata sangat. Walaupun tak delah semewah mana tapi itu dah cukup bagus.
Tapi tak pelah mereka tak tahu. Saya pun tak nak lah cerita kehidupan susah sy. Pada saya setiap orang ada susah dan senang mereka. Cukuplah kami semua berusaha untuk dapat rezeki yang halal.
Amin.
Thursday, October 18, 2012
#7 Life as We Know it..
suppose nak update blog last few days but i dont have so much time lah..
jadi nya hari nie lah baru dpt update setelah kembali ke ofis.
yes...i have to update from office. Tak dapat lah jadi blogger tegar sangat sebab as u know, i dont have PC at home..kurang kemampuan skang..
weekend last week, i layan movie ' life as we know it'. Starring Katherine Heigl, Josh Duhamel and Josh Lucas. Movie nie dah lama tapi baru sekarang hegeh-hegeh nak tengok..but i found this movie are touching walaupun aku tengok movie separuh jalan till end. At least i know the end. hahahahha
Kebetulan Katherine Heigl and Josh Duhamel was my feveret star. movie sekerat jalan pun jadik menarik..
bawah adalah beberapa scene yang i found touching and baju baby tu sangat comel okay..
Monday, October 8, 2012
#6 Legoland Malaysia on 6 Oct 2012
Wednesday, October 3, 2012
Monday, October 1, 2012
#4 Bajet 2013
second entri of the day? amacam? ada percaya tak? hahahahha...
any of below images i copy from facebook lah..most of it from my frenz..i dont bother to comment .
aku bukan apa, walaupun tak semua yang di keluarkan dalam bajet tu berpihak pada aku yang bekerja private so i just duduk lah diam-diam.
aku sikit pun tak meluahkan apa-apa kat FB since itu lah rezeki kami as private servant nie..
cuma ada beberapa post dari kawan- kawan ada memberi sedikit touch to my head lah..buat aku berfikir lah sejenak..
this is comment from PRIVATE and GOVT sector servant.
This comment plak from people who own business..
what can i say is, the last comment was the best lah...
satu je aku boleh cakap ialah rezeki Allah yang beri bukan kerajaan yang beri..
kalau dah kita ni malas bekerja dan malas nak berusaha pastu nak harap duit imbuhan dari kerajaan je,
sebanyak mana pun kerajaan bagi pun tak pernah cukup..
bukan hidup kita semata atas belas ihsan kerajaan jer..bukan lah nak berlagak sebab aku keje private and mostly memang ada bonus dan memang gaji kami agak tinggi sikit dari gaji orang govt
TAPI mostly apa yang orang kat govt tak tahu ialah biasanya orang yang bergaji kecik dan berpangkat rendah kat private sector ini tak berapa di jaga sangat oleh majikan.
diaorang punya benefit pun tak sama macam orang berpangkat besar dalam private company ini..
sebab tu ada sesetengah orang private sector rasa agak tertindas.
so berbalik pada point utama, kalau rasa nak banyak duit sebab nak bayar hutang atau hidup selesa, cari lah rezeki dengan tulang empat kerat yang ada.
insyaAllah kalau kita cari rezeki dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, insyaAllah Allah akan lorongkan dan kita akan memperoleh rezeki tu..
berdoa dan ingatlah pada Allah juga. Jangan lah sebab nak cari rezeki lebih tapi tak buat perintahNYA.
#3 Monday Blues which dont effect me much...
its been a while kan..hahahah..ini bukan a while lagi tp dh tahap berhabuk okay..
skang dh bulan 10..orang komen my blog bulan Feb tp end of Sept br g baca and approve.
bukan tak ada benda nak di ceritakan tapi banyak sebenarnya..termasuk lah i been busy like a bee. Tapi kalau tak busy pun kat rumah, bukan nya boleh update blog sebab dua laptop dah tamat riwayat.
satu tu screen dh retak beribu-ribu tp masih boleh pkai monitor and connect with that laptop.
satu lagi tu, its my husband laptop hanya boleh on selama 10minit pastu padam sendiri..
mana lah tak rasa pelik.. pelik yang amat sangat dah...tapi tak bother nak pergi hantar repair..
currently hidup tak adalah hectic sangat. Jaga budak yang skang dh masuk 14bulan dan berperangai buas sebab dia ala-ala budak lelaki main panjat-panjat kesana kemari..
pitam mama dia kejap..semalam baru tunjuk skill panjat tingkap sebab nak tengok bawah.
yerlah kami kan duduk kat umah burung aka flat, jadi nya harus lah budak 14bulan bosan sebab mama dia tak ada daya langsung nak bawak dia turun untuk menikmati keindahan alam.
lagilah pulak skang ni sy dh 13-14minggu pregnant, jadi kemalasan tu agak tinggi dengan rumah kami tingkat atas skali dan mendukung budak seberat 10-11 kg adalah satu beban yang agak tinggi.
tekanan pada pinggang dan kaki jugak..tiap hari balik keje kena panjat tangga yang aku sendiri pun tak tahu lah berapa anak tangga sampai jer atas memang terjelir lah lidah.
apa pun, rasa tak sabar nak tunggu dapat kunci untuk rumah yang we all baru beli kat Pasir Gudang. kalau di fikir memang agak jauh perjalanan dari rumah baru ke tempat kerja tapi tak apa lah..
janji rumah tu atas tanah dan anak aku boleh lah menikmati keindahan alam kan..
tak adalah kehidupan hujung minggu hanya dalam rumah pandang mama dan mama pandang muka dia..hehehe
oklah..boleh update sedikit jer sebab aku ada banyak lagi benda yang rasanya nak kena buat tapi mood Monday blues masih bermaharajalela...
adioss amigoss...