Monday, December 17, 2012
#25 Tips on handling tantrum
budak semua ada tantrum dia kan...so benda ni aku dah lama baca even masa Qaleesya not yet 1years old pun. Lately ni dia memang lah ada mengamuk tapi tak derlah jerit-jerit or apa. Dia mengamuk ala2 merajuk gitu. Paling kuat pun dia menyorok tepi pintu or tepi meja..tengok memang comel kadang2..so benda ini aku ada juga praktik kan cuma aku rasa laki aku lebih pandai pujuk anak berbanding aku.
So kebiasaan nya bila aku penat on that day and my mood is OFF, aku suruh dia jer yang pujuk Qaleesya. Aku just tengok je dari jauh..huhuhuuuh... so ini beberapa tips lah yang boleh di praktik kan..aku copy paste jer..
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
actually banyak benda aku nak share kat blog ni dari apa aku baca kat Facebook tu..nanti ada masa aku copy paste lagi yer..
#24 Buat keje biarlah ikhlas, barulah rezeki tu berkat..siri II
Thursday, December 13, 2012
#23 Duda or Janda
Orang selalu cakap yang kita tak berada di situasi itu. Jadik kita tak kan tahu apa perasaan nyer. Samalah macam kes kawan aku nie.
Satu hari sorang member baik bertanya kan sesuatu.
“apa ek tanggapan orang bila perempuan berkawan dengan duda?”
aku memang dah boleh syak yang dia sedang berkawan dengan duda walaupun sekadar itulah mukadimah dia. Sepanjang aku kenal dia dari umur 16tahun, dia tak pernah lah pulak berkawan dengan duda or laki orang. Lelaki membosankan memang ada.
As usual jawapan aku senang jer. “ apa ada hal tanggapan orang, kawan ngan duda bukan satu masalah. Lainlah ko kata ko dah tangkap cintan sama laki orang. Maybe aku kena selidik abis-abisan. Apa yang penting kalau ko nak carry on with duda or any guys as husband pun, kena ada restu mak ayah. Itu yang penting.”
Sememangnya aku selalu memberi pendapat berdasarkan apa aku rasa. Tapi dalam masa yang sama boleh apply untuk kawan aku jugak. Aku pun tak paksa dia ikut nasihat aku. Macam lah kes kalau ada kawan yang berkawan dengan laki orang. Walaupun aku tak adalah pengalaman bercinta dengan laki orang jadi pendapat atau nasihat aku memang agak terbatas. Cuma apa yang aku selalu tekankan kat kawan aku, jaga diri dan pelihara maruah diri & keluarga. Itu perkara yang paling penting.
Bila kita tak berada di situasi seseorang itu, memang susah kita nak mendalami apa perasaan orang tu. Specially bab cintan cintun nie. Jadi untuk Selamat dari memberi idea , nasihat atau pendapat, cukuplah sekadar kita memberi nasihat secara umum. Macam kes kawan aku di atas, kebetulan duda yang dia kawan dan ex-wife kepada duda itu aku kenal walaupun tak secara rapat. Jadik keje aku adalah mengorek segala mak nenek rahsia yang ada.
Bukan sengaja nak mengorek rahsia orang lain tapi kawan aku sendiri risau tentang duda tersebut. Bukan dia tak percaya tapi faham-faham jerlah.
Kita sendiri tak pernah tahu apa masalah diaorg dalam perkahwinan yang lepas. Untuk protect kawan aku ini, haruslah selidik baik-baik. Tak di nafikan ada perkahwinan yang lepas ada kekurangan atau maybe adalah sebab2 tertentu. Mana lah ada orang yang berkahwin pastu berceraikan. Apa pun alasan mereka-mereka itu, biarlah pastikan mereka bercerai atas dasar-dasar yang rasa-rasanya munasabah.
Apa yang penting diri mereka itu sekarang. Maybe kegagalan perkahwinan diaorang menyebabkan mereka lebih berhati-hati dan tak kurang jugak yang langsung memang tak der perasaan langsung.
Kalau memang nampak jenis lelaki yang tak der tokoh menjadi pemimpin dalam keluarga sebab diri sendiri pun tak betul, adalah lebih baik jauhkan diri dari orang macam ini. Sebab kan perangai buruk dia yang sememangnya buruk, bangsat or what so ever yang tak baik itu, kita yang bakal jadi bini baru dia menerima padah yang sama macam ex-wife.
Apa pun berlaku, dalam perhubungan ini kena ada kejujuran, kasih sayang, keikhlasan, give and take, rasa tanggungjawab dan semua pun mesti mendapat keredhaan Allah. Baru lah berkat hidup kita nie.
Chowww..
Footnote : aku rasa duda yang kawan aku kawan nie bukan jenis lelaki buruk yang ada di luar sana. Aku doakan yang baik-baik aje since kawan aku ni sangat lah baik orang nya..
#22 - Run, Mummy, Run - Cathy Glass
tengah berkobar untuk menghabiskan cerita Run,Mummy, Run...
aku membeli buku cerita secara pukal ari tu sebab ada offer.
Tapi aku terasa nak pegi Big Bad Wolf kat Mines tu..
Tapi aku ni berada kat JB...susah pulak nak bergerak dengan ada si kecik tu...
apa pun, tengok kalau aku boleh mintak tolong kawan aku beli kan..huhuhuhuhu
ok..dah dah..sambung baca buku balik...
Wednesday, December 12, 2012
#21 Patah Seribu...
setiap kali aku rasa patah hati, sakit hati atau apa2 jer berkaitan dengan hati yang sakit..
aku pasti nak balik kampung.bercerita dengan mak aku..
kalau dulu aku ada akak tapi sekarang dia sangat sibuk bekerja, biasalah orang keje bidang perhotelan.
Tapi kalau aku balik bercerita dengan mak.. apa plak mak akan fikir?
Tuesday, December 11, 2012
#20 Buat keje tu biar ikhlas, barulah rezeki tu berkat
ini adalah entri yang ala2 sentap gitu..agak2 kalau tak berkenan, sila lah pangkah tanda X di sebelah kanan yer..
actually semalam baru balik dari kampung. Mendapat lah perkhabaran dari babysitter yang jaga Qaleesya pasal nurse tempat aku check up.
Actually aku duduk area tempat lain tapi aku request dengan klinik desa kat situ nak buat check up dekat klinik yang dekat tempat aku hantar anak. Dari 1st day aku hantar baby kat area situ, aku dah buat buku Qaleesya using alamat rumah babysitter and head nurse kat situ kata, tak der masalah.
so bila aku di sahkan pregnant for the 2nd time, aku pun pegi lah try request nak bukak buku kat klinik yang sama since 5hari seminggu, aku memang berulang alik kat kawasan tu sebab hantar anak. Head nurse yg lama memang tak der masalah since dia kenal sangat dengan babysitter tu. Lagipun aku memang akan mintak tolong babysitter hantarkan Qaleesya pegi klinik untuk check up if aku dengan husband memang tak der masa.
untuk di jadikan cerita, ex head nurse tu adalah tak di sukai oleh beberapa staff kat situ sebab bila aku tengok cara diaorang communicate ala ala macam tak sebulu gitu since aku 1st time hantar anak untuk checkup.
Tetiba ex head nurse tu kenalah pindah or what so ever, aku sendiri tak tahu.Gantilah head nurse yang baru.
Eh tetiba plak, head nurse baru ni tanya macam aku bersalah pulak kenapa aku guna alamat babysitter aku sedangkan aku duduk tempat lain.
Lepas tu nurse dia datang rumah, tak ada sorang pun kenal aku sebab dalam satu alamat yang sama, ada 3 buah rumah. Tapi nurse nie dah salah datang rumah.Dia memang lah datang 2 rumah yang lain tu sebab yang sorang tu baru beranak and sorang lagi baru pregnant. Tapi dua-dua rumah tu tak kenal aku sebab aku memang tak pernah communicate secara direct dengan diaorang. Aku just ada main-main ngan baby diaorg jer.Diaorang just kenal anak aku tapi tak der peluang nak tengok sapa aku sebenarnya sebab aku nie working mom.
jadi head nurse tu ingat nak pindahkan aku ke klinik yang sepatutnya sebab senang diaorg nak datang periksa. Aku tak pernah pulak tahu yang orang mengandung pun nak datang periksa. Tapi aku tak kisahlah diaorg nak datang periksa sebab itu tanggungjawab diaorang. Kalau diaorang rasa susah nak datang kat actual rumah aku pun, aku boleh datang rumah babysitter sebab perjalanan just tak sampai 10minit. Nurse tu boleh datang rumah babysitter untuk check aku.Aku pun tak nak susahkan diaorang.
Yang menjadi kemarahan aku tu, semalam ke Ahad lepas dia datang jumpa dengan kakak rumah belakang babysitter aku. Boleh lagi nak mengumpat pasal aku konon2 aku guna alamat palsu lah. Sibuk-sibuk nak tipu alamat.
apa lah kebongokan nya nak guna alamat rumah orang yang kita tak kenal?? ada logik ke tak?
aku pun tak lah bodoh sangat nak guna alamat rumah orang yg kt tak kenal. Aku kenal sapa babysitter aku. Anak aku dah 16month dan aku hantar since Qaleesya umur msk 3bulan. Agak2 aku tak kenal ke babysitter tu?
ulang alik 2kali sehari kat rumah yang sama. Equal kepada 10kali round dalam kawasan kg dah dekat setahun. Aku bodoh sangat ker nak guna alamat orang yang kt tak kenal?????
Pastu akak yang belakang rumah tu pun sound lah, yang dia tak kenal aku sebab dia sedara ngan babysitter aku. So kalau dia sedara ngan husband babysitter aku, mana lah dia nak kenal. Ini pun dia baru teringat.
Pastu akak tu pun tanya pada nurse tu, nak datang check up mak Qaleesya tu hari bekerja ker?
Nurse yang bongok lagi bahlul tu pun jawab, yerlah minggu bekerja. Akak tu pun bagi 'sedasss' kat nurse tu.
'macammana awk nak jumpa dia, dia tu bekerja. Kalau nak jumpa hari sabtu dan ahad tu boleh lah.'
Kan, aku dah agak, akak nurse nie agak bengapp...dan aku tahu sapa nurse tu sebab dia memang selalu sentap tengok muka aku. Penah 2 kali aku pegi klinik untuk check up, dia boleh duduk mengumpat patient yang dia datang rumah tu kat dalam klinik. Mengumpat tu pulak hari JUMAAT. Aku sampai tak tahu nak cakap apa dah..
apa pun aku memang dah terasa nak buat aduan pasal nurse yang sorang nie sebab ada sesetengah gomen memang tak rasa apa2 jer nak mengumpat, buat keje lambat or menyeleweng pegi tempat lain or marah customer. Jadi nyer aku rasa memang patut aku buat aduan.
Biar dia rasa macam mana pekerja private buat keje. Kitaorang memang tak boleh sesuka hati nak buat bukan-bukan jadi kami tak expect untuk staff gomen buat perangai bangsat macam nie.
Buat keje tu biar ikhlas, baru lah rezeki tu berkat.
Friday, December 7, 2012
#19 2nd pregnancy .... 24weeks
so i just nak announce that now i happily 24weeks pregnant. tak sangka dapat rezeki anak seawal ini sebab we are planning nak jarak kan tapi lekat for 2nd pregnancy.
bukan tak bersyukur cuma agak terkejut tapi kami terima dengan hati terbuka.lagipun Allah lebih tahu percaturan nya.
early stage of pregnancy, memang tahap morning sickness agak teruk sikit berbanding 1st pregnancy tapi tak der lah kronik sangat sampai tak bekerja. Cuma tahap kemalasan memang sangat lah tinggi.
Even until now masih lagi malas untuk memasak, mengemas rumah. Dalam otak tahu nak berehat layan tv , internet and anak jer.
Actually my daughter baru setahun 4bln now. Memang nampak mcm baru lagi sebab 1st time hari tu buat check up dah kena sound dengan nurse sebab tak buat planning.
but what i can do, i just smile. Niat nurse tu baik sebab nak bagi kita betul-betul sihat sebelum pregnant lagi sekali tapi bak kata husband, dah rezeki nak buat macam mana kan..
but we manage to jarak kan by tahun lah..sebab beza diaorg adalah 2 tahun and bukan setahun satu. At least my babysitter pun tak der lah penat sangat nak jaga kan.. lagipun babysitter pun tak berapa nak sihat sangat.
Since i do love this babysitter, i don't want to change to other. Sebab anak aku memang sangat suka ngan this environment.
my 1st check up was a great moment lah sebab my HB is 14.2 after i consume Shaklee for 2weeks before i do the 1st check up. Tapi pas tu terus drop. I suspect, i punya addicted towards Coffee and Cool Blog.
Biasalah bila ofis u berada on top of shopping complex. Semua benda boleh dapat kan. Its all easy access to it.I pulak selalu sangat terlupa yang after take supplement, dont take any milk or coffee. Ini lepas mkn supplement boleh consume Milo. Mana tak nya HB drop lagi.
2nd pregnancy memang agak penat and bercakap pun tercungap-cungap. Apa pun tak boleh. So sekarang memang dah kurang bercakap. Even nak fight ngan customer pun I dah malas sangat sebab I don't feel it.
apa pun i happy with this pregnancy but it just i need to control my anger towards my husband. Dah macam semacam pulak this time punya pregnancy. Asyik nak emo jer ngan dia. Berdosa sungguh diri ini..
oklah..maybe later i update lagi about this pregnancy.
Sunday, November 25, 2012
#18 en suami
Assalamualaikum. ...
Good morning
Aku dari hari tu nak update pasal benda nie tapi mcm tak der idea plak. Tak ada apa sangat pun ceritanya.
Aku bkn nak bercerita pasal en husband aku tapi ada kawan aku Bertanya kat status dia 'kenapa orang dah kawen automatic tulis en husband, napa tak panggil sayang, abang or etc'.
Aku mula2 macam tak faham apa maksud dia. Dia kata orang selalu update status 'tunggu en husband'.
Pada aku, tak nampak langsung apa masalah dia. Maybe sebab aku selalu buat. Kebetulan aku bukanlah pompuan, awek or wife yang romantik kan. Pada aku panggil en husband utk update status adalah sesuatu yang dah abis sopan and padan pada diri aku. Lagipun aku tak panggil husband aku as abang. My abang is my biological brother. I called it as abang.
Why not call sayang?
As I bukanlah romantic people and hardly to express love in public so I don't update my status as 'tunggu en sayang'.is really not my style.
Aku tak marah dia keluarkan statement mcm tu sebab pada aku itu hak individual lah. Even kat timeline fb aku nie slalu sgt ada status org bersayang sayang terlebih sangat. Itu belum kawen lagi. Yang dah kawen pun Ada gak yang over but what can I say kan.
Bila aku bgtau pada kawan aku yang aku selalu update macam tu, trus senyap je. So what I can is before u update any status to criticise other, please lah fikir dulu. Some of our criticise actually we should kept to ourself. Sebab kadang2 tak Ada apa yang salah pun dengan status seseorang tu. Maybe is their way of expression gak kan.
Like me also, blog and twitter are my main medium to share my thought. Tak semua orang pun boleh terima. Cuma facebook ini mcm kurang sikit sesuai nak buat status sebab takut Ada kawan2 terasa hati pulak.
Jadi fikir2 kan lah yer.
Friday, November 23, 2012
#17 Budi Bahasa budaya kita...
lama tak coret coret kat sini..di sebabkan tadi aku gatal tangan gi browsing each of picture kat Instagram.
tetiba aku terjumpa satu comment on my picture nie..
suprise gilerr bila tgk benda nie...
Pompuan yg comment kat gambar aku nie adalah junior aku masa sekolah dulu. Kebetulan ms dia comment kat gambar ni, aku tak perasan lgsg. Kira baru ternampak lah. Aku macam ala2 sentap lah.
Dah lah dia comment kat gmb BFF aku ngan anak aku.
Boleh plak dia claim aku guna gambar kawan dia as profile picture. Dah buang tabiat ke apa?
Sepanjang aku ada social network like FB,Twitter, instagram, tumblr or even instagram also, usually i will use my Qaleesya picture or we all sekeluarga picture.
Aku nie tak ada nak gila glemer nak guna gambar orang lain walaupun sedar diri ini tak berapa nak cantik sangat. Aku terima jerlah seadanya.
Siap nak bagi warning tu yang aku tak tahan tu...so tadi baru jer aku reply comment dia. Tengoklah kalau dia nak reply or not. Below is all my social network yang i dah lama ada and never create other account sebab aku tak ada masa nak buat keje bodoh
so korang nampak tak apa perbezaan dia? Most of the profile picture aku adalah gmb anak aku with me or we all satu family. Seriously aku memang tak ada masa nak buat fake profile.
Sebab aku memang ada own life sendiri. Jadi tolong lah kot nak protect kawan pun kan, agak2 lah bahasa tu.
So far aku tengok, tak ada plak Instagram aku kena block or suspended.. Jadi sebelum menghentam orang tu,boleh tak bertanya dulu..
sungguh kurang sopan tahu tak...
ok dah..sekian terima kasih...
Friday, November 16, 2012
#16 Awal Muharam 1434H
sepatutnya I'm posting this Yesterday or on Wednesday tapi sebab tak sempat buat auto publish post dan semalam boleh pulak satu hari Internet line boleh down..sedih terus dok umah time cuti tapi tak der internet..
Jadi kita post lah hari nie yer..
Awal Muharam nie as u all tahu is Tahun Baru dalam Calendar Islam. Selalu kan orang buat azam time tahun baru yang diaorg sambut time 1 Januari tiap2 tahun tu.So biasa i will do any Azam on Awal Muharam.
tapi kat sini bukan nak cerita pasal azam or what.
Just nak which, HAPPY MAAL HIJRAH/ AWAL MUHARRAM 1434/2012.
Wednesday, November 14, 2012
#15 Blog Bicara Sama Awan
last few days, ada somebody follow my twitter. I wondering sapa lah dia nie..kawan ker?
sekali bila i tengok profile and baca blog dia this morning.
thanx lah sebab follow. I like blogger yang tulis blog macam nie..
memberi inspiration lah..
so sapa nak baca boleh g kat link ini
Monday, November 12, 2012
#14 Selamat Pengantin Baru my sayangs...
skang ni musim cuti sekolah jadik nyer orang pun berebut-rebut kahwin kan..Elok pulak tarikh 10.11.12 adalah tarikh yang sangat cantik dan jatuh pada hari Sabtu. Memang dapat lah semua orang nak nikah and bersanding on that particular day.
Tak ketinggalan my kesayangan jugak kawen on that day. Even i tak berpeluang pegi majlis nikah dia sebab hari dia nikah tu lah aku sibuk nak carik hadiah untuk 3 pengantin tapi end up i pegi 2 majlis jer..
biasalah orang ada anak mmg selalu terlambat banyak segi..hahahah..
apa2 hal kita layan gambar yang i amik and i curik dr FB dia...hehehhee..
Thursday, November 8, 2012
#13 Skyfall 007
Morning all.
Menjak-menjak ada anak ni memang susah nak dapat tengok wayang. Lagipun sapa nak tolong jaga kan.
Nak suruh babysitter memang lah boleh tapi tak boleh selalu lah.
This time sebab dapat green light and babysitter pun tak der ke mana-mana, jadik boleh lah kita melayan Skyfall 007. A bit ketinggalan sikit kan tapi tak per lah dari tak dapat tengok langsung kan.
Movie nie 2jam setengah sebab aku rasa jalan cerita dia agak slow in certain area. Too many scene bercakap and scene pegun tanpa suara. Overall cerita ni okaylah tapi aku tak brapa nak layan sangat sebab kurang aksi. Dah macam Daniel Craig last apperance jer. Al maklum lah, dah nampak macam dia tua sangat.
Dulu-dulu punya James Bond aku rasa banyak guna gadget kan tapi time Daniel Craig ni dah macam tak brapa banyak sebab dia more to physical movement and skill. Kira part tu aku memang sukalah. But Skyfall nie macam kurang luxury sikit. Kereta yang diaorg guna tak brapa stylo sangat. Maybe sebab back to basic and old style. Kira oklah.. Layan kan jer..
Overall citer nie, boleh lah pada rating aku. Tapi untuk tengok berulang kali? i dont think so. Di tambah pulak semalam adalah Movie day kan. Budak sekolah ramai dah cuti kan, so diaorg sibuk serbu panggung tapi duduk kat couple seat tapi meraba. Nasib baik aku tak duduk satu rows ngan diaorg. Kalau tak, jahanam lah mood aku. Pastu asyiklah kuar masuk panggung. Pasal apa lah..aku tak pasti. Mesti stim sangat agaknya kena raba or dot dot ngan aweks kan..sebab tu tak senang duduk. Jadi nya aku yang duduk kat seat yang sangat dekat dengan pintu kuar, agak terganggu and sakit hati.
oklah tu jer..Next movie i'm waiting for is Twilight - Breaking Dawn Part 2.
Tuesday, November 6, 2012
#12 its my Daughter, my Way...Respect it
baru-baru ni kalau sapa follow twitter aku, memang ada yang perasan tentang status pasal bagi anak makan.
My Qaleesya is 15month this month. So dia masih lagi dalam proses try and error lah jugak bab makanan.
Masa dia start makan on 6 month dulu, memang tak banyak isu sgt sebab most of the food, i yang filter and i yang cook by myself. Nasib baik babysitter memberi kerjasama bab2 pemakanan ni.
starting dia umur setahun jer, dah banyak sangat campur tangan dari orang sekeliling. Dah lah aku nie tak dapat breastfeeding secara jayanya sbb masalah bengkak susu, pastu kekurangan susu and my work schedule tak berapa mengizinkan i untuk pump selalu. Jadi production susu memang agak merudum sedikit demi sedikit.
walaupun sedikit mematahkan semangat i as mom tapi i sedaya upaya memberi yang terbaik dari segi pemakanan pulak. Mana terdaya nak masak, i akan cuba dan kalau tak larat, i ask my husband tu help.
itulah bagus my husband sebab selalu willing nak tolong bini dia nie
Tapi bila Qaleesya berganjak ke umur setahun jer, ada jer manusia nak sumbat dia dengan bermacam makanan and minuman. Yer, i tak adalah nak sekat sangat pemakanan dia. Tapi i try not to give much salt and sugar on her food.
Furthermore, Qaleesya pun bukan faham sangat pun. Dia makan je apa orang suap kat dia. I already told babysitter yang NO jajan and maggie for my little girl. Sebab this one memang contains so many preservative and HIGH sodium. Other food maybe i boleh maafkan lagi. Lagipun Qaleesya memang tak makan banyak sangat. She love nasi so much. Makan nasi kosong macam tu pun memang berselera jer. So i bet dia memang boleh makan makanan tanpa perasa.
So baru-baru ni, adalah hamba Allah ni cuba nak bagi dia makan kacang. One of main reason kenapa i tak nak bagi kacang sebab ada certain baby are intolerant with Kacang. Pernah tengok tak cerita gol and gincu tak? bila Fazura bagi makan girls tu makan kacang even not contain much in gado-gado tapi budak tu sampai masuk hospital sebab sesak nafas?
SEE?? sebab tu i don't advice my daughter to take any kacang in early stage. Bila aku halang dia makan, boleh pulak hamba Allah ni cakap ' eh dia dah besar lah. Apa yang nak risau?? '
APA NAK RISAU???
boleh tak respect sikit cara orang lain menjaga anak. Tak kisah lah dari segi apa pun. We all semua nak yang terbaik untuk anak-anak kan?
kenapa nak argue benda-benda macam ni? seolah- olah aku punya cara ni salah.
Beberapa perkara yang diaorg tu perlu tahu ialah if anything happen to my daughter :-
- aku yang keluarkan kos perubatan anak aku. Aku tak kan mintak kat ko. Aku memang tak berkira pasal duit tapi sebab perangai ko, aku pulak kena kuar kan duit untuk itu? Fair ker?
- aku yang akan jaga dia sepanjang dia sakit ( mintak di jauhkan benda buruk berlaku). Ko ada nak tolong jaga dia ke? dah tentu lah tak kan.
- aku yang terpaksa tengok anak aku tanggung sakit. Aku nie dah lah hati tisu. Aku memang tak boleh tengok anak aku melepekkk jer. even masa anak aku baru 2minggu, pastu dia muntah sebab terlebih minum susu pun aku dah nak menangis. Apatah lagi tengok anak kat hospital. So dont make me sad ek...aku memang hati tisu.
ini baru kacang. Belum lagi benda lain. Both parent even my in laws pun i already mention that, apa saja yang masuk dalam mulut Qaleesya is upon my approval. Even my husband pun akan tanya sama ada dia boleh bagi benda yang tak pernah our daughter makan.
Aku bukan nak sekat nafsu makan anak aku sendiri tapi fahamilah hati aku ni. Aku pun kadang-kadang tak boleh control cara pemakanan aku. Tapi sedikit sebanyak aku dah banyak berubah since i have a daughter.
Buat pembacaan sana sini sebab aku nak cuba start new good healthy life with our daughter.
Jadi tolong lah beri kerjasama walaupun tak banyak. aku tahu memang tak mudah nak buat orang faham kehendak kita tapi at least u respect my way of raising my kids.
p/s : ini baru tentang pemakanan. Belum lagi cara pembesaran.Sabar jerlah...
Wednesday, October 31, 2012
#11 Suka jadi faker ek?
aku buat entri nie bukan nak aib kan sesapa tapi aku macam tak boleh blahh pulak pompuan nie add laki aku and berbual kat chat berkenalan..
ini bukan entri jeles laki aku melayan kan kerenah budak perempuan nie tapi dia pkai gambar orang lain..
pastu tak agak-agak pakai gambar blogger yang femes tu...haiihh...
pastu yang aku tak menahan lagi ialah dia macam tak bersalah jer..aku pegi lah suruh laki aku tnya nie real gambar dia? siap mengaku tu memang dia..
alamak...dah tu blogger nie menipu ke? nasib lah aku jenis layan blogger nie punya blog.
aku pun tak tahu kenapa ada orang suka jadik faker? sebab nak tarik perhatian lelaki ker? tolong lah ek..
kot lah nak tarik perhatian lelaki pun, bukan lah lelaki orang..
kalau yer pun nak tarik perhatian lelaki, tolong lah jadi diri sendiri. Tak payah susah diri nak carik gambar perempuan comel lagi cantik kan..
cuba fikir apa kesudahan nyer? Dah sah-sah bila orang tahu hal sebenar, itu kan namanya tak jujur dalam berkawan..
oklah...see u when i see u again...daa....
Tuesday, October 30, 2012
#10 Selamat Hari Raya Haji
entri edisi terlambat sebab sehari sebelum raya masih lagi bekerja. cuti tak banyak kan so tak boleh lah nak berblog bagai..
Kami bertolak dari JB kul 9 malam dan kami sampai Muar kul 12.30mlm..cuba bayangkan macam mana jem kat atas highway. Saya memang tak larat nak bukak mata. Lepas baby Qaleesya tido, sy pun tertdo.
Sedar- sedar dah sampai machap. tengok jam pun dh kul 11 mlm. lepas Machap baru lah perjalanan smooth. Sebenarnya we all tak pernah balik malam raya sebab tak nak sangkut dalam kete.
Lagipun anak perempuan kena balik awal sebab nak tolong mak masak2..dah kalau sampai rumah lambat, nak tolong apa kan.. cuma raya Haji nie mmg tak rushing sgt sbb kami bukan celebrate ye ye bebeno..
raya tahun nie tak der apa yang istimewa sgt pun sebab balik beraya kat umah Muar pun, pas makan sambung melepak. Kami tak der pegi beraya okay..Dok lah kat umah diam.
petang plak ada gathering ex-SABGS... tapi hangkut husband and anak sekali. Lagipun pas gathering nak pegi Tesco Melaka nak berangkut susu and pampers...
nah amik sikit gambar gathering we all.
Tak semua ada sebab bukan semua free kan...jadik mana2 yang sempat join jerlah..ada yang tak sempat masuk dlm gambar sbb balik awal.
we all nie sebenarnya tak derlah semua dari kelas yang sama. Specially aku lah..kenal atas dasar satu sekolah kan..so i layannzzz jer..
Hari sabtu - 27/Oct we all bertolak balik Kuantan pulak. Ikut kan badan yang malas, mmg malas nak balik tapi bila fikir, kampung en husband lah paling jarang we all balik. jadik haruslah balik..itu pun gerak dari Muar kul 3ptg..sampai sana dah pukul 7 malam..
aktiviti kalau balik Kuantan adalah makan dan makan dan makan..
Hari Ahad - 28/Oct kami picnic kat Pantai Balok tapi sayang nya baby Qaleesya pulak tdo..so tak sempat lah dia nak main pasir pantai. tak tahu lah dia suka ke tak..
pas dh makan2 and siap tido lagi sebab angin mmg sedap jer kan, we all gerak pegi Teluk Chempedak pulak.
As usual kat sana memang ramai gilerr punya manusia.. Qaleesya memang happy sangat lah sebab dia kan dah dapat kaki, berjalan jer..
Hari Isnin - 29/Oct baru balik JB..nasib baik amik cuti ari isnin sebab tak sanggup lekat dalam jem. Dengar cerita kawan-kawan sangkut dalam jem mmg seram plak..nak-nak yang dari Utara ke KL..12jam perjalanan beb..memang pening lah kalau jadik diaorg.
oklah...tu jer lah cter raya k..tak der apa yg menarik..
Wednesday, October 24, 2012
#9 Wahai Hati....
sebenarnya sy cuba nak menulis kat sini lepas saya baca satu post dari sorang adik nie..
bukan nak bercerita pasal adik ni tapi nak cerita pasal memujuk hati sendiri..
susah sebenarnya nak mencoret kat sini bila hati saya tak berapa okay..
saya menaip skang nie pun rasa nak menangis..smlm sy menangis smp tertido..
cuba memujuk hati macam adik tu tulis post tapi saya rasa, saya tak mampu buat..
memang sy tak mampu...cuba untuk jadik positif pun kadang2 pun dah rasa susah sgt..
condition mengandung ni, emosi susah untuk di kawal..cuba untuk tak fikir sangat..
cuba untuk tak terbawak2 oleh perasaan tapi orang mungkin tak faham.
sudah lah..sy tak mampu terus menulis sebenarnya...
kalau sy teruskan mungkin saya menangis dan mungkin akan membukak pekung di dada..
biarlah saya simpan sendiri...
Sunday, October 21, 2012
#8 apa yg mereka tak tahu
Happy weekend everybody. .
Tadi chit chat ngan kengkwn masa blaja kat UTM dulu. Bercerita pasal keje, pasal kahwin, pasal perjalanan hidup.
What catch my attention is they thought I don't do budget if nak pegi jalan2 sebab my husband now keje singapore.
Yes, I admit it. Gaji husband memang banyak kalau convert to malaysian ringgit. But what they don't know, we sacrifice our time as family. We need find time if nak spent masa together.
Apa yang mereka tak tahu ialah macam mana both of us ikat perut after we get married. Masa tu husband cuma keje biasa jer kat jb. Walaupun kami ni lulusan ijazah tp hidup kami tak ada lah senang sangat. Duit kami cukup untuk bayar hutang dan makan. Kami langsung tak boleh pergi shopping sesuka hati apatah lagi nak pegi honeymoon atau melancong.
Adakah saya menyesal? Tak pernah sikit pun. Sesungguhnya perancangan Allah tu maha hebat. Saat saya lahirkan anak pertama, 2bln lepas tu husband dapat keje singapore.
Syukur memang tak terkata sangat. Walaupun tak delah semewah mana tapi itu dah cukup bagus.
Tapi tak pelah mereka tak tahu. Saya pun tak nak lah cerita kehidupan susah sy. Pada saya setiap orang ada susah dan senang mereka. Cukuplah kami semua berusaha untuk dapat rezeki yang halal.
Amin.
Thursday, October 18, 2012
#7 Life as We Know it..
suppose nak update blog last few days but i dont have so much time lah..
jadi nya hari nie lah baru dpt update setelah kembali ke ofis.
yes...i have to update from office. Tak dapat lah jadi blogger tegar sangat sebab as u know, i dont have PC at home..kurang kemampuan skang..
weekend last week, i layan movie ' life as we know it'. Starring Katherine Heigl, Josh Duhamel and Josh Lucas. Movie nie dah lama tapi baru sekarang hegeh-hegeh nak tengok..but i found this movie are touching walaupun aku tengok movie separuh jalan till end. At least i know the end. hahahahha
Kebetulan Katherine Heigl and Josh Duhamel was my feveret star. movie sekerat jalan pun jadik menarik..
bawah adalah beberapa scene yang i found touching and baju baby tu sangat comel okay..
Monday, October 8, 2012
#6 Legoland Malaysia on 6 Oct 2012
Wednesday, October 3, 2012
Monday, October 1, 2012
#4 Bajet 2013
second entri of the day? amacam? ada percaya tak? hahahahha...
any of below images i copy from facebook lah..most of it from my frenz..i dont bother to comment .
aku bukan apa, walaupun tak semua yang di keluarkan dalam bajet tu berpihak pada aku yang bekerja private so i just duduk lah diam-diam.
aku sikit pun tak meluahkan apa-apa kat FB since itu lah rezeki kami as private servant nie..
cuma ada beberapa post dari kawan- kawan ada memberi sedikit touch to my head lah..buat aku berfikir lah sejenak..
this is comment from PRIVATE and GOVT sector servant.
This comment plak from people who own business..
what can i say is, the last comment was the best lah...
satu je aku boleh cakap ialah rezeki Allah yang beri bukan kerajaan yang beri..
kalau dah kita ni malas bekerja dan malas nak berusaha pastu nak harap duit imbuhan dari kerajaan je,
sebanyak mana pun kerajaan bagi pun tak pernah cukup..
bukan hidup kita semata atas belas ihsan kerajaan jer..bukan lah nak berlagak sebab aku keje private and mostly memang ada bonus dan memang gaji kami agak tinggi sikit dari gaji orang govt
TAPI mostly apa yang orang kat govt tak tahu ialah biasanya orang yang bergaji kecik dan berpangkat rendah kat private sector ini tak berapa di jaga sangat oleh majikan.
diaorang punya benefit pun tak sama macam orang berpangkat besar dalam private company ini..
sebab tu ada sesetengah orang private sector rasa agak tertindas.
so berbalik pada point utama, kalau rasa nak banyak duit sebab nak bayar hutang atau hidup selesa, cari lah rezeki dengan tulang empat kerat yang ada.
insyaAllah kalau kita cari rezeki dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, insyaAllah Allah akan lorongkan dan kita akan memperoleh rezeki tu..
berdoa dan ingatlah pada Allah juga. Jangan lah sebab nak cari rezeki lebih tapi tak buat perintahNYA.
#3 Monday Blues which dont effect me much...
its been a while kan..hahahah..ini bukan a while lagi tp dh tahap berhabuk okay..
skang dh bulan 10..orang komen my blog bulan Feb tp end of Sept br g baca and approve.
bukan tak ada benda nak di ceritakan tapi banyak sebenarnya..termasuk lah i been busy like a bee. Tapi kalau tak busy pun kat rumah, bukan nya boleh update blog sebab dua laptop dah tamat riwayat.
satu tu screen dh retak beribu-ribu tp masih boleh pkai monitor and connect with that laptop.
satu lagi tu, its my husband laptop hanya boleh on selama 10minit pastu padam sendiri..
mana lah tak rasa pelik.. pelik yang amat sangat dah...tapi tak bother nak pergi hantar repair..
currently hidup tak adalah hectic sangat. Jaga budak yang skang dh masuk 14bulan dan berperangai buas sebab dia ala-ala budak lelaki main panjat-panjat kesana kemari..
pitam mama dia kejap..semalam baru tunjuk skill panjat tingkap sebab nak tengok bawah.
yerlah kami kan duduk kat umah burung aka flat, jadi nya harus lah budak 14bulan bosan sebab mama dia tak ada daya langsung nak bawak dia turun untuk menikmati keindahan alam.
lagilah pulak skang ni sy dh 13-14minggu pregnant, jadi kemalasan tu agak tinggi dengan rumah kami tingkat atas skali dan mendukung budak seberat 10-11 kg adalah satu beban yang agak tinggi.
tekanan pada pinggang dan kaki jugak..tiap hari balik keje kena panjat tangga yang aku sendiri pun tak tahu lah berapa anak tangga sampai jer atas memang terjelir lah lidah.
apa pun, rasa tak sabar nak tunggu dapat kunci untuk rumah yang we all baru beli kat Pasir Gudang. kalau di fikir memang agak jauh perjalanan dari rumah baru ke tempat kerja tapi tak apa lah..
janji rumah tu atas tanah dan anak aku boleh lah menikmati keindahan alam kan..
tak adalah kehidupan hujung minggu hanya dalam rumah pandang mama dan mama pandang muka dia..hehehe
oklah..boleh update sedikit jer sebab aku ada banyak lagi benda yang rasanya nak kena buat tapi mood Monday blues masih bermaharajalela...
adioss amigoss...
Wednesday, January 25, 2012
#1 In Bed..
amacam keje ari ni? best tak? seronok tak?
aku mmg seronok sbb customer tak call..so bleh menyibuk update blog..
kalau tak, blog tak berupdate mcm blog lama dl...
td blogwalking sana sini...terjumpa benda ni kat sini...crt to Yna Dona
lepas jer aku abis pantang dl n balik ke umah sendiri..this is situation everyday in bed..
so far mmg gmb no 3 jer anak aku tak buat lg..yg lain2 insyaAllah mmg adalah seperti dlm gmb...
yg selalu adalah gmb no 4 tu sbb anak aku mmg jenis tdo tangan n kaki berkuak..so haruslah mama n papa dia tdo hujung2 katil..
agak2 laki aku dh fed up, dia tdo kat dpn terus..aku plak mmg terus melekat kat dinding.. sakit bahu jgn ckp lah..sbb asyik tdo satu side jer..jgn mimpi lah dpt tdo terlentang..hahahahah...
ada org tnya, napa tak letak baby dlm baby cot? kenapa ek?
sbb pertama, i dont have baby cot yet.
sbb kedua, i dont feel safe..i dont think baby bwh umur setahun tdo on their own bed..aku rela sakit badan dr aku tdo tp sbnanya susah hati ngan keadaan baby dlm baby cot...
sbb ketiga, aku blum bersedia nak suh baby aku berdikari..biarlah dia tdo n manja2 ngan aku smp umur setahun..pas setahun br aku pk kan hal baby cot ni..heheheh..
oklah..daa.........
Saturday, January 21, 2012
#2 here come 2012...
Hye peeps...
Atas sebab2 yg x dpt i beritahu, blog lama which is princess09.blogspot.com terpaksa di close permenantly.
Semua entri br akan di msk kan dan di ceritakan di sini...mmg masih dlm development sbb xde ms nk update blog betul2...
Rindu btl nk berblog and pd sapa2 yg penah bc blog lama, i already deliver baby on 4 august 2011...
And sesapa sedia maklum this is personal blog..more to my daily life and now will more about my little daughter, nur qaleesya....
Oklah...will story later...love u all....